WWDC Bakal Membawakan Pelbagai Kejutan

WWDC Bakal Membawakan Pelbagai Kejutan

Diterbitkan pada June 6, 2010 oleh .

Kebanyakkan peminat Apple mungkin sudah sedia maklum yang mana pelbagai produk baru Apple akan diperkenalkan dan diperlihatkan pada acara tahunan mereka WWDC yang mana akan berlangsung pada minggu hadapan. Di Amanz, kami menyusun beberapa produk yang dijangka akan diperkenalkan oleh Apple pada acara tersebut kelak.

iPhone HD

iPhone HD

Sebuah gajet yang dinantikan oleh kebanyakkan pengguna, dimana ianya bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk paparan HD pada telefon pintar, kamera 5-megapixel, dan beberapa fungsi baru lagi. Ianya juga sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi apabila produk terbaru iPhone itu diperoleh oleh Gizmodo, dan dipaparkan dihalaman web mereka sebelum gajet itu diperkenalkan secara rasminya oleh Apple sendiri. iPhone HD ataupun iPhone 4.0 ini dijangka akan mengguna-pakai sistem operasi iPhone yang terkini, iaitu iPhone OS 4.0.

iPhone OS 4.0

Walaupun telah diperlihatkan oleh Apple sebelum ini, ianya dijangka yang mana Apple akan memperlihatkan dan lebih banyak memfokuskan kepada iPhone OS 4.0 yang mana semakin menghampiri fasa terakhirnya. iPhone OS 4.0 ini kelak akan menyokong fungsi multi-tasking, sebuah fungsi yang amat dinanti-nanti oleh para pengguna iPhone.

iTunes Berasaskan Perkomputeran Awan

Beberapa penganalisa industri telah membuat beberapa spekulasi mengatakan yang mana Apple mungkin akan menawarkan iTunes secara dalam talian, sekaligus membawanya ke suatu tahap yang baru. Pada masa yang sama, pesaing terdekat Apple, Google juga mungkin akan memperkenalkan sesuatu yang serupa dengannya tidak lama lagi, iaitu Google Music.

Safari 5

Pelayar web daripada Apple ini dijangka akan membawakan pelbagai perkara dan fungsi baru, termasuk sokongan HTML5, prestasi menjalankan JavaScript lebih 25% laju berbanding Safari 4, Safari Reader, dan banyak lagi.

Gajet-gajet Apple Baru

Pelbagai gajet terbaru daripada Apple juga dijangka akan diperkenalkan pada WWDC 2010 kelak, termasuk Mac Pro yang baru, paparan LED seluas 27″, Apple TV dan banyak lagi.

Selain daripada semua ini, ada juga yang turut mengatakan yang mana Apple mungkin juga akan memperkenalkan Mac OS X 10.7 dan pelbagai perkara baru yang akan mengagumkan para pengguna dan peminat Apple seluruh dunia.

Kredit : MacRumours


TIPS & ULASAN