Yahoo! Ingin Menjadi Hab Sosial Melalui Y! Pulse

Yahoo! Ingin Menjadi Hab Sosial Melalui Y! Pulse

Diterbitkan pada June 7, 2010 oleh .

Dalam usaha untuk mengubah laman Yahoo! menjadi laman sosial terkemuka, kini ianya diperkatakan yang mana Yahoo! bakal memperkenalkan Yahoo! Pulse, yang bakal menjadi pusat sehenti untuk pelbagai laman sosial, terutamanya Facebook.

Ianya diperkatakan yang mana Yahoo! Pulse akan berfungsi seumpama seperti TweetDeck, dimana ianya membawakan pelbagai laman sosial terus ke desktop anda, sebaliknya, Yahoo! dalam perancangan untuk menjadi halaman utama untuk pelayar web anda, sekaligus membolehkan kesemua laman sosial diintegrasikan padanya, dan memudahkan para pengguna mengikuti perkembangan rakan-rakan mereka secara terus daripada laman Yahoo!.

Yahoo! Pulse juga kelak akan diintegrasikan pada kebanyakkan laman-laman Yahoo!, termasuk Yahoo! Mail, sekaligus memudahkan proses sosial diantara pengguna. Yahoo! Pulse dijangka akan diperkenalkan dengan kesemua fungsi kawala privasi untuk mengelakkan kejadian yang menimpa Google Buzz ketika pelancarannya.


Antaramuka Yahoo! Pulse [via]


Yahoo! Pulse Pada Yahoo! Mail [via]


TIPS & ULASAN