Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, Apple telah pun mengumumkan iPhone generasi baru secara rasminya, yang mana dikenali sebagai iPhone 4. iPhone 4 ini juga bakal mengguna pakai sistem operasi iPhone OS 4.0 yang baru disamping membawakan pelbagai perkara baru padanya.

iPhone 4 mengguna pakai cip yang dibangunkan oleh Apple, iaitu Apple A4 seperti mana terdapat pada iPad. Pada masa yang sama, iPhone 4 adalah hampir 34% lebih nipis daripada iPhone 3GS. Pada masa yang sama, jangka tahan batteri pada iPhone 4 adalah lebih lama, dimana ianya membawakan sehingga 7 jam berhubung melalui 3G, pelayaran web melalui 3G sehingga 6 jam, video sehingga 10 jam, dan masa bertahan lebih 300 jam.

Skrin iPhone juga menerima penambahan, dimana iPhone 4 membawakan resolusi skrin sehingga 960 x 640 pixel pada skrin seluas 3.5-inci. Ini sekaligus membolehkan imej dan grafik diperlihatkan pada resolusi yang lebih tinggi, disamping grafik 3D yang tampak lebih menarik.

Selain daripada itu, iPhone 4 juga membawakan kemaskini pada kamera mereka, dimana kini ianya membawakan kamera 5-megapixel. Kadar sensitif pada cahaya juga diambil kira, membolehkan kamera tersebut menghasilkan gambar yang menarik pada cahaya terang ataupun sebaliknya.

iPhone 4 turut membawakan kamera hadapan, sekaligus membolehkan para penggunanya membuat panggilan video dengan mudah. Apple memanggil fungsi ini sebagai FaceTime, dan buat masa ini ianya berfungsi secara melalui sambungan WiFi antara pengguna iPhone 4 sahaja.

Ianya bakal didatangkan dalam dua warna berbeza, iaitu putih dan hitam, dan bakal berada di pasaran antarabngsa mulai 24 Jun kelak.

Kredit Imej : Gizmodo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd