Windows 7 SP1 Beta Pada Bulan Hadapan

Windows 7 SP1 Beta Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada June 8, 2010 oleh .

Selain daripada WWDC yang diadakan oleh Apple, Microsoft turut mengadakan acara tahunan mereka, iaitu TechEd. Menariknya, salah satu perkara menarik yang diumumkan oleh Microsoft pada TechEd adalah Windows SP1 Beta yang dijangka akan dilepaskan bulan hadapan.

Sebelum ini pelbagai spekulasi telah dibuat mengenai Windows SP1, dan kini secara rasminya mengumumkan mereka dalam perancangan untuk melepaskannya kepada umum pada bulan hadapan. Walaubagaimanapun, Windows 7 SP1 tidak membawakan sebarang perkara baru yang menarik sekiranya anda sentiasa mengemaskini sistem operasi Windows 7 melalui Windows Update.

Windows SP1 hanya sekadar membawakan segala kemaskini sekuriti dan prestasi, dan juga sokongan RemoteFX yang dipertingkatkan lagi bagi pengguna Enterprise.


TIPS & ULASAN