Safari 5 Membawakan Safari Reader dan Extension

Safari 5 Membawakan Safari Reader dan Extension

Diterbitkan pada June 8, 2010 oleh .

Selain daripada iPhone 4 yang dinantikan, Apple juga turut mengumumkan pelepasan pelayar web mereka, Safari 5 yang mana membawakan pelbagai perkara baru, dengan peningkatan sehingga 30% prestasi berbanding versi terdahulu, serta pelbagai teknologi HTML5 yang diintegrasikan padanya.

Seperti sebelum ini, Safari 5 dibawakan untuk dua sistem operasi utama, iaitu Windows dan juga Mac OS X, dan mengintegrasikan pelbagai fungsi untuk pembangun, serta menyokong pelbagai kebolehan HTML5 yang serba baru, dan kian meningkat popularitinya kini.

Safari 4

Pada masa yang sama, Safari 5 turut membawakan Safari Reader, yang mana membolehkan para pengguna membaca laman web dengan mudah, yang memperlihatkan web dalam antaramuka yang ringkas. Selain itu, Safari 5 turut membawakan sokongan aplikasi pihak ketiga dengan mengguna-pakai HTML5, CSS dan juga JavaScript. Untuk mengelakkan sebarang masalah sekuriti, plugin Safari ditandakan dengan sijil digital daripada Apple.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Safari 5 yang bersaiz lebih kurang 39MB secara percuma untuk Windows dan juga Mac OS X.


TIPS & ULASAN