iPhone 4 Daripada Maxis Pada Suku Tahun Ke-4

iPhone 4 Daripada Maxis Pada Suku Tahun Ke-4

Diterbitkan pada June 8, 2010 oleh .

Setelah Apple mengumumkan iPhone 4, kini, Maxis turut sama mengumumkan yang mana mereka bakal membawa masuk iPhone 4 ke pasaran Malaysia seawal suku tahun ke-empat tahun ini, sekaligus membolehkan para pengguna Malaysia turut sama merasai pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh iPhone 4 daripada Apple ini.

iPhone 4 Multitasking

Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Maxis berkenaan dengan harga dan sebagainya. Maxis mengumumkan yang mana mereka bakal membawa masuk iPhone 4 sejurus selepas pengumuman iPhone 4 daripada Apple. Ianya juga diura-urakan yang mana iPhone 4 bakal berada di pasaran seawal-awalnya pada bulan September kelak.

iPhone 4 daripada Apple membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sistem operasi iOS 4.0, kamera 5-megapixel, kamera hadapan dengan fungsi panggilan video, dan pelbagai perkara baru yang menarik lagi.


TIPS & ULASAN