Caffeine Di Perkenalkan Kepada Semua

Caffeine Di Perkenalkan Kepada Semua

Diterbitkan pada June 9, 2010 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya, kini Google memperkenalkan teknologi enjin carian mereka yang serba baru dan dinantikan para pengguna, iaitu Caffeine, yang mana membawakan kelajuan lebih 50% pantas meng-index web berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, Google mula menguji teknologi Caffeine sejak tahun lepas, yang mana bertujuan untuk membawakan hasil carian yang lebih segar dan berfungsi lebih pantas berbanding sebelumnya. Kini, dengan perkembangan laman sosial, kandungan video dan banyak lagi, Google terus berevolusi dengan teknologi carian mereka yang baru ini.

Google mengatakan yang mana teknologi Caffeine ini dibina dengan tujuan untuk jangka masa panjang, dan mampu berubah mengikut penambahan kandungan web dari masa ke semasa, selain membawakan keputusan dan hasil carian yang lebih relevan dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN