Twitter Bakal Menggunakan Peringkas URL Tersendiri

Twitter Bakal Menggunakan Peringkas URL Tersendiri

Diterbitkan pada June 9, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan ramai, akhirnya, kini Twitter bakal memperkenalkan perkhidmatan pemendek dan peringkas URL mereka yang tersendiri dengan menggunakan domain T.co, dan menariknya, segala URL di Twitter kelak akan mengguna-pakainya, walaupun ianya telah sedia diringkaskan.

Ianya merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Twitter untuk memastikan para pengguna mereka sentiasa terlindung daripada laman-laman yang tidak dikehendaki. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan peringkas URL untuk Direct Message yang mana mengambil kira destinasi pengguna. Walaubagaimanapun, ianya hanyalah untuk pautan yang dihantar melalui Direct Message sahaja.

Kini, dengan pengumuman ini, ianya mungkin akan memberikan cabaran hebat untuk pemendek URL yang sedia ada. Walaubagaimanapun, ianya turut dikatakan yang mana, mungkin juga Twitter akan menggunakan pautan asal, ataupun memaparkannya sebagai tajuk halaman tersebut dan sebagainya. Namun begitu, URL T.com adalah pasti akan diaplikasikan pada semua pautan yang dihantar ke SMS.

Sebelum ini, Twitter telah memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk BlackBerry, Android, dan juga iPhone, dan dengan pemendek URL yang serba baru ini, ianya bakal membawa pelbagai perubahan kepada arena laman mikro itu kelak. Ianya dijangkakan yang mana T.co akan mula diaplikasikan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN