Maxis Membawakan Kandungan Mudah-Alih Piala Dunia

Maxis Membawakan Kandungan Mudah-Alih Piala Dunia

Diterbitkan pada June 10, 2010 oleh .

Maxis Berhad seperti sedia maklum kini menjadi penyedia utama di negara kita yang menyediakan kandungan Piala Dunia mudah alih, sekaligus membolehkan anda mengikuti perkembangan Piala Dunia secara terus daripada telefon bimbit dengan mudah.

Pada masa yang sama, mereka turut menyediakan sebuah halaman web yang khas, dengan kerjasama bersama Astro, dimana melaluinya para pengguna boleh mengikuti kesemua perlawanan secara langsung ataupun menonton klip-klip video perlawanan yang menarik. Walaubagaimanapun, untuk mengaksesnya, anda perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu di laman Astro.


Tonton Secara Terus Di Telefon Mudah-Alih Anda

Maxis sendiri membawakan pelbagai perkara hebat untuk lebih daripada 12 juta penggunannya, termasuk dalam bentuk kandungan interaktif, seperti wallpaper telefon bimbit, komik ringkas, siaran langsung pada telefon pintar anda, dan juga permainan mudah-alih rasmi Piala Dunia dan banyak lagi.


Halaman Piala Dunia Di Web Maxis

Untuk makluman lanjut berkaitan dengannya, anda boleh melayari halaman rasmi Piala Dunia 2010 – Afrika Selatan di Maxis, ataupun halaman Stadium Astro.


TIPS & ULASAN