Google Turut Menyambut Piala Dunia 2010

Google Turut Menyambut Piala Dunia 2010

Diterbitkan pada June 11, 2010 oleh .

Selain daripada Maxis, Google turut menyediakan laman web mereka bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2010 yang bakal berlangsung mulai hari ini. Di Google, mereka menyediakan sebuah doodle khas, jadual perlawanan bola, selain beberapa perkara yang lain.


Doodle Bersempena Dengan Piala Dunia

Mulai pagi ini, Google memperlihatkan doodle baru mereka bersempena dengan Piala Dunia 2010. Menariknya, apabila ianya diklik, ianya membawa pengguna ke suatu halaman keputusan carian yang memperlihatkan jadual permainan dan juga senarai pasukan yang menyertainya.


Jadual Dan Navigasi Pasukan Pada Keputusan Carian Google

Selain daripada itu, perkataan Google pada navigasi bahagian bawah juga telah ditukar menjadi Goal!, sekaligus menjadikan halaman carian untuk World Cup lebih menarik lagi. Nampaknya, lebih banyak Web 2.0 akan memperkenalkan sesuatu yang istimewa untuk Piala Dunia 2010 ini. Sama-sama kita nantikannya.


Navigasi Bahagian Bawah Pada Google Untuk Carian World Cup


TIPS & ULASAN