Windows Phone 7 Boot Dalam 30 Saat

Windows Phone 7 Boot Dalam 30 Saat

Diterbitkan pada June 14, 2010 oleh .

Walaupun buat masa ini, Windows Phone 7 masih lagi dalam peringkat pembangunan, sistem operasi khas untuk telefon pintar ini kini tampak amat menarik, apabila video terkini yang terdapat di internet memperlihatkan masa boot yang amat pantas sekali untuk Windows Phone 7 berbeza dengan telefon pintar yang lain.

Melalui video Windows Phone 7 yang diperlihatkan, ianya menggunakan salah satu telefon daripada LG yang mana masih lagi dalam peringkat prototaip. Mungkin pada peringkat akhir nanti, Windows Phone 7 boleh boot lebih pantas lagi daripada ini. Buat masa ini, hanya Symbian sahaja yang boleh boot dalam jangka masa yang pendek kurang 30 saat, berbanding dengan Android dan Blackberry yang mengambil masa sedikit lama untuk boot.


TIPS & ULASAN