HTC Desire – Internet Dan Multimedia Pada Satu Gajet

HTC Desire – Internet Dan Multimedia Pada Satu Gajet

Diterbitkan pada June 15, 2010 oleh .

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan, Maxis secara rasminya telah pun membawa masuk telefon bimbit super-android yang diperkatakan ramai, iaitu HTC Desire ke Malaysia, selain menawarkannya pada harga yang amat istimewa. HTC Desire yang ditawarkan membawakan pelbagai fungsi menarik, termasuk memudahkan anda mengikuti rakan anda dengan pengintegrasian Friends Stream padanya.


Skrin AMOLED Pada HTC Desire

HTC Desire membawakan kebolehan skrin sentuh multi-touch pada skrin AMOLED yang berkeluasan 3.7-inch dengan resolusi 480×600 pixel. Dengan pengintegrasian HTC Sense UI ianya membawa Android ke suatu tahap yang luar biasa. Telefon pintar yang seberat lebih kurang 135 gram ini juga mempunyai sensor yang membolehkan antaramuka telefon diubah berdasarkan kedudukan skrin, samaada dalam bentuk landscape ataupun potrait.


HTC Desire Di datangkan Dalam Pakej Yang Menarik

HTC Desire membolehkan anda mengikuti perkembangan rakan-rakan anda dengan mudah, samaada melalui Facebook, Twitter, Flickr ataupun yang lain-lain dengan aplikasi terbina yang dipanggil Friends Stream. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh memuat-turun aplikasi tambahan daripada Android Market yang mempunyai ribuan aplikasi percuma untuk tujuan sosial dan sebagainya.


Kamera 5 MegaPixel Pada HTC Desire

Selain daripada itu, HTC Desire juga membawakan pengalaman pelayaran web yang lebih menarik dengan kebolehan antaramuka yang boleh ditukar ke bentuk potrait atau landscape secara automatik. Menariknya pada pelayar web terbina di HTC Desire adalah dimana anda boleh membuat carian secara terus di Wikipedia ataupun menterjemaahnya kepada bahasa kegemaran anda dengan mudah, dengan hanya membuat pilihan teks, dan klik padanya sahaja. Selain daripada itu, anda juga boleh menambah pengalaman pelayaran anda dengan menggunakan pelayar web yang anda minati, samaada Opera ataupun Firefox dengan memuat-turunnya secara percuma terus daripada Android Market.


KeyPad Pada HTC Desire

Para peminat multimedia juga akan jatuh cinta dengan HTC Desire. Dengan Qualcomm Snapdragon Processore berkelajuan lebih 1GHz, ianya membawakan penggunaan multimedia yang amat menarik, selain grafik yang amat cantik sekali. Pelbagai permainan menarik juga boleh dimuat-turun secara percuma selain anda boleh bersaing dan bermain bersama-sama dengan rakan-rakan anda melalui pilihan multi-player.


Slot SIM dan Memori

HTC Desire juga membawakan kamera 5-MegaPixel, membolehkan anda menangkap dan mengabdikan kenangan anda dengan mudah dalam bentuk yang amat jelas dan tajam, dengan kebolehan auto-fokus dan geo-tagging, serta face-detection, sekaligus membawakan segala fungsi kamera digital terus ke telefon bimbit HTC Desire anda.


Aksesori Tambahan Turut Di Datangkan Bersama

Antara fungsi lain yang menarik termasuklah kompas digital, pengintegrasian bersama YouTube, GMail dan Picasa daripada Google, sokongan MP3 dan MP4, serta kekunci carian yang dedikasikan khas. Selain daripada itu, HTC Desire juga membawakan fungsi Voice Memo untuk para pengguna.

Para pengguna di Malaysia boleh mendapatkan HTC Desire secara terus daripada Maxis pada harga yang amat menarik sekali, iaitu pada harga hanya RM1,499 dan menikmati segala fungsi menarik yang terdapat padanya.


Contoh Gambar Yang Di Tangkap Menggunakan HTC Desire


TIPS & ULASAN