Twitter Places Menyertakan Lebih Data Pada Tweet Anda

Twitter Places Menyertakan Lebih Data Pada Tweet Anda

Diterbitkan pada June 15, 2010 oleh .

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura dan sebagainya, hari ini, secara rasminya memperkenalkan fungsi geolokasi kepada semua melalui apa yang dipanggil Twitter Places.


Contoh Tweet Dengan Pengintegrasian Lokasi

Melaluinya, para pengguna boleh mengikuti tweet daripada sesuatu lokasi itu dengan mudah. Selain daripada itu, Twitter Places juga akan diintegrasikan pada FourSquare dan Gowalla.

Sepanjang tahun ini, fungsi geolokasi telah menjadi antara perkara yang menjadi tumpuan ramai, dimana dengan adanya HTML5, pelbagai pelayar web juga turut sama telah mengintegrasikan, dan dengan Twitter turut memperkenalkan Twitter Places, mungkin kita boleh mengatakan yang mana tahun ini adalah tahun geolokasi.


TIPS & ULASAN