Setelah banyak web yang mempekenalkan fungsi API, termasuk Twitter, ForuSquare, Google dan banyak lagi, kini Yahoo! turut bakal membuat perkara sama untuk Yahoo! Messenger, sekaligus membolehkan pihak ketiga membangunkan aplikasi untuk YM dengan mudah.
Seperti sedia maklum, Yahoo! Messenger merupakan medium IM yang paling utama di arena internet, dimana ianya digunakan oleh jutaan pengguna seluruh dunia, meninggalkan MSN Messenger dan juga GTalk.
Kini, sekiranya Yahoo! memperkenalkan fungsi API untuk Yahoo! Messenger, ianya bakal membuatkan pengguna menghabiskan masa yang lebih lama di Yahoo! Messenger, selain menambah dan menarik kembali pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka itu.
Sebelum ini, Yahoo! telah memperkenalkan Yahoo! Pulse dalam usaha untuk menjadikan laman mereka lebih sosial, selain telah memeterai perjanjian bersama pembangun permainan sosial – Zynga.
API untuk Yahoo! Messenger ini masih belum diketahui akan diperkenalkan bila, namun begitu, ianya dijangka akan diperkenalkan pada 30 Jun ini. Sama-sama kita nantikannya.