Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan servis terbaru mereka, Twitter Places, kini, laman Twitter menghadapi masalah untuk digunakan secara sepenuhnya sejak pagi tadi, selain mana beberapa salinan tweet juga dibuat setiap kali para pengguna menghantar tweet mereka.

Walaupun sebelum ini, Twitter sering juga menghadapi masalah untuk diakses, bulan Jun ini, masalah tersebut dilihat kian menjadi-jadi. Melalui laman Pingdom, ianya dilihat yang mana sepanjang bulan ini sahaja, Twitter hanya mempunyai peratusan Uptime pada kadar 98.54%, sekaligus memperlihatkan servis tersebut telah mengalami masalah tidak boleh diakses lebih kurang 5 jam untuk bulan ini sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd