Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya, kini para pengguna sudah boleh mendapatkan aplikasi pejabat daripada Microsoft yang terkini, iaitu Office 2010. Sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan untuk para pengguna perniagaan, dan kini ianya dilancarkan untuk para pengguna persendirian.
Untuk Office 2010, Microsoft menggunakan cara pemasaran baru, dimana versi ringannya disertakan bersama kebanyakkan PC baru yang menggunakan Windows 7. Microsoft menjangkakan yang mana lebih daripada 100 juta PC akan didatangkan bersama-sama Office 2010 untuk tahun hadapan.
Selain membawakan pelbagai fungsi yang diperlukan untuk aplikasi pejabat, Office 2010 juga memperkenalkan fungsi pengintegrasian bersama-sama dengan web, sekaligus memudahkan para penggunanya berkolaborasi dan bekerjasama bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah.