Cari @ Amanz

Selain daripada Office 2010, Microsoft juga turut sama memperkenalkan Hotmail yang serba baru, dengan pelbagai fungsi baru yang menarik, termasuk pengintegrasian bersama Office Web Apps, dan juga kebolehan untuk menyertakan fail sehingga 10Gb.

Kini, dengan menggunakan Hotmail, anda boleh dengan mudah mengemaskini segala dokumen Office anda melalui aplikasi Office Web Apps yang diintegrasikan bersama-sama pada Hotmail. Selain daripada itu, menariknya, anda juga boleh menghantar fail bersama-sama dengan emel anda sehingga 10 Gb. Ini berjaya dilaksanakan oleh Microsoft dengan mengintegrasikan Hotmail bersama-sama dengan SkyDrive.

Pada masa yang sama, para pengguna juga kini dengan mudah boleh membuat album gambar dan berkongsinya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga dengan mudah secara terus daripada Hotmail.

Walaubagaimanapun, segala fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Hotmail dari masa ke semasa, dimana proses pengemaskinian sedang dilakukan buat masa ini oleh pihak Microsoft, manakala pengintegrasian Hotmail bersama Office Web Apps pula akan diperkenalkan mengikut negara, dimana ianya akan dimulakan daripada US, Kanada dan akan diteruskan ke seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd