Domain Tulisan Jawi, Cina dan Tamil Akan Di Perkenalkan

Domain Tulisan Jawi, Cina dan Tamil Akan Di Perkenalkan

Diterbitkan pada June 16, 2010 oleh .

Setelah domain dengan penggunaan tulisan berlainan daripada tulisan rumi diperkenalkan, kini DomainRegistry sedang berkira-kira untuk memperkenalkan domain dalam tulisan jawi, cina dan juga tamil kepada para pengguna Malaysia.

Ianya masih lagi belum diketahui bilakah DomainRegisty akan memperkenalkan servis pendaftaran domain dalam tulisan yang berbeza daripada tulisan rumi itu, tetapi ianya dijangka akan diperkenalkan dalam jangka masa terdekat ini.

Buat masa ini, pihak DomainRegistry dalam proses membuat bancian mengenai produk terbaru daripada mereka itu, dimana beberapa soalan ditanya berkaitan dengan penggunaan tulisan jawi, cina dan tamil dalam nama domain, hal-hal berkaitan pra-pendaftaran dan pelbagai perkara lagi.


TIPS & ULASAN