Maxis Bakal Memperkenalkan IPTV

Maxis Bakal Memperkenalkan IPTV

Diterbitkan pada June 16, 2010 oleh .

Dalam mempelbagaikan pendapatan selain daripada panggilan suara dan SMS, kini Maxis dijangka akan memperkenalkan servis terbaru mereka, Maxis IPTV seawal suku ketiga tahun ini, sekaligus menjadi pesaing terdekat kepada Hypp.TV daripada TM HSBB.

Buat masa ini, Maxis menawarkan lebih 20 saluran melalui Maxis TV kepada para pelanggan Maxis 3G dengan telefon mudah-alih yang disokong. Pada masa yang sama, Maxis juga mengatakan yang mana mereka telah bersedia dari segi teknologi dan sebagainya untuk memperkenalkan servis mereka yang terbaru itu, Maxis IPTV.

Selain daripada itu, Maxis juga dijangka akan memperkenalkan banyak lagi perkhidmatan tambahan dan produk baru dibawah jenama mereka. Sebelum ini, Maxis telah membawa masuk 6 telefon Android, termasuk HTC Desire, Blackberry putih, dan juga dijangka akan memperkenalkan iPhone 4 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN