Setelah mengumumkan kerjasama bersama PayPal sebelum ini, kini, Maxis mengumumkan kerjasama bersama Western Union, sekaligus membolehkan pengguna Maxis dan juga Hotlink menghantar duit ke lebih daripada 370,000 agen Western Union di serata dunia.
COO Maxis turut mengatakan yang mana dagangan mudah-alih merupakan sebahagian daripada masa depan Maxis, dan untuk mencapainya, mereka bekerjasama bersama-sama dengan beberapa syarikat terkemuka, termasuk Western Union dan sebelum ini, PayPal.
Kerjasama ini juga sekaligus memudahkan kesemua pengguna Maxis dan Hotlink berurusan secara terus daripada gajet mudah-alih mereka dengan mudah. Untuk menguji dan mencuba program terbaru daripada Maxis ini, para pengguna hanya perlu daftarkan diri untuk M-money melalui SMS (hantarkan REG ke 27007), dan menambah baki akaun M-Money mereka.
Seterusnya, untuk transaksi kali pertama, para pengguna perlu mendaftarkan diri di salah satu Maxis Centre, dan seterusnya, anda sudah boleh menghantar wang ke akaun Western Union dengan mudah. Para pengguna juga akan menerima SMS setelah penerimanya menerima wang mereka.