P1 dan Intel Akan Umumkan Netbook WiMAX

P1 dan Intel Akan Umumkan Netbook WiMAX

Diterbitkan pada June 17, 2010 oleh .

Selepas memperlihatkan netbook WiMAX daripada Packet One sebelum ini, syarikat disebalik P1 WiMAX kini dikatakan akan memperlihatkan beberapa netbook dari pelbagai jenama yang mana mengguna-pakai Intel WiMAX Chipset pada 23 Jun 2010 kelak.

P1 Netbook
Netbook Yang Di Perlihatkan P1 Sebelum Ini

Buat masa ini, ianya masih tidak begitu pasti sama-ada netbook yang akan diperlihatkan itu dibangunkan oleh GreenPacket sendiri ataupun dikeluarkan oleh pembangun netbook yang lain seperti Acer, Dell, HP dan sebagainya. Namun begitu, ianya pasti yang mana P1 akan kelak memperkenalkan sebuah pakej langganan WiMAX yang baru bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN