WordPress 3.0 Thelonis Di Lepaskan

WordPress 3.0 Thelonis Di Lepaskan

Diterbitkan pada June 18, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinanti, akhirnya kini pihak pembangun WordPress telah pun melepaskan WordPress 3.0 secara rasminya dengan nama kod Thelonis, sekaligus membawa pelbagai fungsi menarik selain mengintegrasikannya bersama dengan WordPress MU.

Selain daripada itu, WordPress 3.0 juga turut membawakan tema yang serba baru dengan nama Twenty Ten mengantikan tema Kubrick yang telah digunakan untuk sekian lama pada WordPress. Beberapa API baru juga diperkenalkan bersama WordPress 3.0 membolehkan para pembangun tema mengintegrasikan beberapa fungsi baru, termasuk penukaran latar belakang secara terus daripada panel admin, lebih kawalan untuk jenis artikel, mengubah menu dengan mudah dan juga taksonomi.

Bagi para pengguna yang sedia menggunakan WordPress, anda boleh melakukan kemaskini secara automatik secara terus daripada panel admin masing-masing, ataupun boleh melakukannya secara manual dengan memuat-turun fail WordPress dan mengantikannya dengan fail sedia ada. Bagi yang masih belum mencubanya lagi, jom sertai komuniti WordPress.


TIPS & ULASAN