Carian
Perbandingan HTC Desire dan iPhone 3GS
June 19, 2010 Aman

Salah satu perkara yang sering ditanya-tanya oleh pembaca Amanz adalah berkenaan dengan perbandingan HTC Desire dengan iPhone. Di sini kami menyediakan perbandingan daripada beberapa segi dimana iPhone 3GS dan juga HTC Desire diperbandingkan.

HTC Desire

Harga

Salah satu perkara yang paling utama diambil berat oleh para pengguna selain daripada spesifikasi sesuatu gajet adalah berkaitan dengan harganya. Jikalau diambil untuk kiraan perkara tersebut, HTC Desire ditawarkan oleh Maxis pada harga bermula RM1499 manakala iPhone ditawarkan pada harga lebih kurang RM1699. Perbezaan lebih kurang RM200 ini memperlihatkan yang mana pengguna boleh berjimat sepenuhnya dengan HTC Desire yang mana membawakan spesifikasi yang lebih kurang serupa dengan iPhone 3GS.

Skrin, Resolusi dan Antaramuka

HTC Desire
HTC Desire membawakan skrin seluas 3.7-inch dengan resolusi 480×800, manakala iPhone 3GS hanya menawarkan skrin seluas 3.5-inch sahaja dengan resolusi 480×320 sahaja. Sepanjang penggunaan HTC Desire saya selama lebih kurang 2 minggu, saya dapati antaramuka yang ditawarkan oleh HTC Sense tidak kurang menariknya, malah fungsi memperlihatkan skrin seperti mana pada desktop, iaitu fungsi yang dipanggil Scene itu amat menarik, dimana lebih 7 tetingkap diperlihatkan pada satu skrin.

Sistem Operasi

Seperti sedia maklum, HTC Desire mengguna-pakai sistem Android 2.1 yang dibangunkan oleh pihak Google, manakala iPhone menggunakan iPhone OS yang dibangunkan oleh pihak Apple. Kedua-dua sistem operasi ini sering ditambah dengan pelbagai fungsi menarik dari masa ke semasa. Melalui versi terkini, Android 2.2 yang ditawarkan, ianya membawakan pelbagai fungsi yang menarik untuk para penggunanya. Selain daripada itu, versi Android yang akan datang akan menemui para pengguna pada penghujung tahun ini, dan mungkin akan membawakan sebuah antaramuka yang menarik dan baru. iPhone OS juga menerima kemaskini, dimana sistem operasi terbaru mereka adalah iOS 4.

Kamera

Mungkin semua sudah maklum yang mana kamera iPhone 3GS kurang menarik apabila dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh HTC Desire, iaitu kamera 5-megapixel. Gambar yang ditangkap menggunakan kamera HTC Desire juga lebih tajam dan jelas berbanding kamera iPhone 3GS.

Aplikasi

Semestinya, iPhone 3GS mempunyai lebih banyak aplikasi yang ditawarkan yang boleh dimuat-turun berbanding dengan HTC Desire yang mana turut sama boleh memuat-turun pelbagai aplikasi daripada Android Market. Walaupun aplikasi yang ditawarkan adalah kurang buat masa ini, ianya meningkat daripada hari demi hari, selain dimana kebanyakkan aplikasi utama dan menarik sudah terdapat pada Android samaada daripada pembangun sama ataupun dari pihak pembangun lain yang menyediakan alternatifnya.

Bateri

Daya tahan iPhone 3GS adalah lebih lama jikalau dibandingkan dengan HTC Desire. Namun begitu, anda boleh memanjangkan jangka hayat bateri HTC Desire dengan menutup pelbagai aplikasi yang mungkin dibuka oleh anda secara tidak sengaja dengan menggunakan aplikasi seperti Task Killer dan sebagainya.

Multimedia

Dari segi muzik, saya secara peribadi lebih meminati apa yang ditawarkan oleh iPhone 3GS. Namun begitu, jikalau dilihat daripada video dan juga gaming, HTC Desire dilihat lebih baik kerana bermain game pada HTC Desire adalah hampir sama seperti bermain pada konsol permainan mudah-alih yang lain. Melihat video pada skrin yang lebih luas juga lebih memuaskan hati berbanding pada iPhone 3GS.

Sosial


Kini, dengan pelbagai laman sosial yang kian meningkat naik, HTC Desire menyertakan fungsi sosial terbina melalui HTC FriendStream, yang membolehkan anda mendaftar masuk ke Facebook, Twitter, dan Flickr dan mengikuti segala perkembangan rakan-rakan anda secara terus daripadanya tanpa sebarang aplikasi tambahan.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin berubah dengan iPhone 4 yang akan diperkenalkan oleh Maxis di Malaysia tidak lama lagi. Namun begitu, mungkin pada ketika itu, HTC juga turut mempunyai sesuatu yang baru, dan mungkin turut sama akan dibawa oleh Maxis pada ketika itu.

Komen