Google Memperkenalkan Google Command Line

Google Memperkenalkan Google Command Line

Diterbitkan pada June 19, 2010 oleh .

Salah satu cara untuk memperlihatkan yang mana anda seorang geek adalah dengan penggunaan Command Line. Menariknya, kini Google memperkenalkan aplikasi command line mereka yang tersendiri, iaitu GoogleCL membolehkan anda mengakses Picasa, Blogger, Docs dan YouTube secara terus melalui Command Line.

Ianya juga merupakan salah satu daripada usaha Google untuk memudahkan penggunaan web, dimana para pengguna boleh mengemaskini blog, ataupun memuat-turun album dari Picasa dengan terus melalui penggunaan command line yang amat mudah.

Buat masa ini, GoogleCL boleh didapati untuk platform Linux, selain dimana beberapa pengguna turut menyediakannya untuk Mac dan juga Windows. Google juga berharap agar versi sistem operasi Linux yang seterusnya akan mengintegrasikan command line mereka, terutamanya Ubuntu.

Bagi yang ingin cuba menggunakannya, anda boleh melihat pada beberapa contoh yang disediakan oleh Google, selain mendapatkan info yang lebih lanjut mengenai projek GoogleCL daripada halaman rasmi mereka. Kini, dengan GoogleCL, ianya serba sedikit telah memudahkan perkomputeran awan yang kian meningkat popularitinya.


TIPS & ULASAN