Dalam usaha untuk mempelbagaikan produk yang ditawarkan oleh Maxis, kini Maxis dijangka akan mengumumkan kerjasama bersama salah satu pengiklan platform mudah-alih, sekaligus mengintegrasikan lagi dunia dagangan ke dunia mudah-alih.
Sekiranya anda perasan, akhir-akhir ini, beberapa mesej informasi seperti Missed Called SMS dan sebagainya menyertakan iklan teks pada penghujungnya. Mungkin ianya merupakan salah satu ujian yang dilakukan oleh Maxis dalam mengetahui maklumbalas berkaitan dengannya, dan kini mereka sudah bersedia untuk mengumumkan sesuatu yang baru pada minggu hadapan.
Maxis dijangka akan menjadi yang pertama dalam Asia untuk memperkenalkan pengiklanan platform mudah-alih yang tidak menganggu para pengguna, selain hanya memaparkan iklan mengikut citarasa dan kehendak pengguna sahaja. Buat masa ini, info berkaitan dengannya masih lagi samar-samar, dan segalanya akan diketahui pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.