Perbandingan HTC Desire dan Blackberry

Perbandingan HTC Desire dan Blackberry

Diterbitkan pada June 20, 2010 oleh .

Walaupun saya tahu kedua-duanya tidak sepatutnya untuk diperbandingkan, disebabkan saya telah menggunakan BlackBerry untuk beberapa bulan, ada patutnya saya turut memperlihatkan pendapat saya berkenaan dengannya, selain daripada perbandingan HTC Desire bersama iPhone 3GS.

Papan Kekunci

Secara jujurnya, saya lebih meminati dengan papan kekunci BlackBerry walaupun sedikit kecil dan sukar untuk digunakan untuk pengguna baru. Papan kekunci atas skrin pada HTC Desire juga sedikit menarik, namun bagi pengguna yang banyak menaip menggunakan bahasa Melayu, ianya mungkin sedikit sukar untuk penggunaan pertama kali, disebabkan anda perlu untuk menambah ayat dan perkataan baru, selain perlu untuk memadam ayat yang dijana melalui auto-complete.

Spesifikasi

Semestinya, HTC Desire memenangi pada bahagian ini, dengan kamera 5-megapixel, processor yang amat laju, skrin sentuh dengan grafik yang amat menarik dan sebagainya. Gambar dan video yang dirakamkan menggunakannya juga lebih menarik dengan apa yang dirakam menggunakan BlackBerry.

Aplikasi

Oleh kerana HTC Desire menggunakan Android, bilangan aplikasi yang ditawarkan adalah lebih 50,000, dengan hampir 60% daripadanya adalah percuma. Pada masa yang sama, BlackBerry juga turut menawarkan aplikasi percuma kepada pengguna Malaysia melalui BlackBerry App World. Namun begitu, bilangan aplikasi tidak begitu banyak seperti mana yang terdapat di Android Market.

Kepenggunaan dan Email

Oleh kerana saya lebih banyak menggunakan emel GMail, oleh yang demikian, kedua-dua platform menawarkan Push Email, dimana saya mendapat notifikasi sebaik sahaja terdapat email baru yang saya terima.

Rangkaian Sosial

Yang menariknya pada HTC Desire, anda boleh mengikuti rakan anda pada laman sosial seperti Facebook dan Twitter tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan, melalui Friend Stream. Anda boleh membuat perkara sama pada BlackBerry, tetapi perlu memasang aplikasi berasingan untuk setiap satu. Namun begitu, BlackBerry menyediakan platform untuk mesej khas untuk para penggunanya, melalui BlackBerry Messenger.

Secara jujurnya, setiap platform mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Daripada apa yang dilihat, HTC Desire sesuai digunakan untuk mereka yang lebih meminati hiburan, ingin mengikuti rakan mereka melalui laman sosial, dan menariknya menggunakan Android yang kian mendapat hati daripada para pengguna seluruh dunia. Pada masa yang sama, Blackberry kini banyak digunakan oleh eksekutif dan sebagainya. Namun begitu, ianya mungkin berubah pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, apakah pilihan anda, HTC Desire ataupun Blackberry?

Penulis menggunakan Blackberry Curve 8520.


TIPS & ULASAN