iPhone 4 Kini Di Apple Store Malaysia

iPhone 4 Kini Di Apple Store Malaysia

Diterbitkan pada June 21, 2010 oleh .

Setelah diperkenalkan oleh Apple beberapa minggu yang lalu, kini, iPhone 4 mula kelihatan di Apple Store Malaysia. Walaubagaimanapun, halaman untuk membelinya masih lagi tida aktif dan memperlihatkan halaman Error.

Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah iPhone 4 akan mula dijual di Malaysia, selain sebelum ini Maxis mengumumkan akan membawa masuk iPhone 4 pada suku tahun ke-tiga 2010. Pada masa yang sama, DiGi turut mengatakan yang mereka juga turut akan membawa masuk iPhone 4 ke Malaysia. Namun masih tiada tarikh pasti yang dinyatakan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

iPhone 4 membawakan pelbagai teknologi baru kepada para pengguna. termasuk FaceTime – iaitu fungsi panggilan video antara pengguna iPhone 4, kebolehan untuk merakamkan video dalam bentuk HD, resolusi skrin 960×940, dan juga kamera 5-megapixel.

Kredit : Zaki Blogjer


TIPS & ULASAN