Harga Netbook WiMAX Dari P1 Setinggi RM2599?

Harga Netbook WiMAX Dari P1 Setinggi RM2599?

Diterbitkan pada June 21, 2010 oleh .

Seperti seia maklum, P1 dan juga Intel akan memperlihatkan sesuatu yang baru pada 23 Jun ini, dan ianya dijangkakan adalah netbook ataupun laptop yang mana didatangkan bersama kebolehan WiMAX. Jadi, apakah anggaran harga yang akan ditawarkan oleh P1 untuk para penggunanya?


Tweet Pertama Oleh @P1Media


Tweet Kedua Oleh @P1Media

Ianya masih lagi tidak diketahui berkaitan dengan spesifikasi dan harga netbook tersebut yang mana akan diperlihatkan pada Rabu ini nanti, namun begitu, P1 dalam dua tweet berbeza memperlihatkan yang harga netbook itu akan setinggi RM2599.

Walaubagaimanapun, ianya masih dijangkakan yang mana harga netbook tersebut kelak mungkin lebih murah daripada RM2599. Harga rasmi akan diumumkan oleh P1 dan Intel pada Rabu ini kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN