Carian
Kemaskini Sistem iPhone Anda Ke iOS 4.0
June 22, 2010 Aman

Setelah dinantikan sekian lama, kini para pengguna iPhone sudah boleh menaik-taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada iOS 4 dengan mudah dan percuma secara terus melalui iTunes.

Apa yang anda perlukan untuk mengemaskini sistem operasi anda adalah hanya memuat-turun iTunes versi terkini, iaitu iTunes 9.2. Sekiranya anda menggunakan Mac, anda boleh mengemaskini iTunes anda melalui Software Update. Setelah siap memasang iTunes 9.2, anda hanya perlu menyambungkan iPhone anda, dan kemaskini sistem operasi iPhone anda.

Walaubagaimanapun, sebelum mengemaskininya, anda dinasihatkan untuk membuat salinan simpanan data-data anda supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.

iOS 4.0 membawakan pelbagai fungsi baru dan menarik kepada iPhone anda. Berikut merupakan beberapa fungsi baru yang dibawakan oleh iOS 4.0;

Multitasking

Kini anda boleh menjalankan aplikasi pihak ketiga kegemaran anda dan aplikasi lain secara serentak, tanpa menganggu sebarang prestasi dan tidak menggunakan tenaga bateri yang banyak.

Folder

Kini anda boleh menyusun aplikasi kegemaran anda dalam bentuk folder dengan mudah, sekaligus memudahkan anda mengaksesnya dengan mudah sekali.

Sokongan Emel Yang Lebih Baik

Kini anda boleh melihat emel dari pelbagai akaun pada satu inbox, yang mana tersusun dengan rapi, selain membolehkan anda membuka fail yang dihantar bersama emel melalui aplikasi pihak ketiga.

iBooks

Anda kini boleh mengubah iPhone anda menjadi tempat membaca ebook dengan mudah, dimana melaluinya anda boleh mencari dan membeli ebook dngan mudah sekali.

Sokongan Muka dan Lokasi Pada Imej

Kini anda boleh memperlihatkan koleksi gambar pada iPhone mengikut pilihan carian, samaada melalui gambaran muka, ataupun melalui lokasi dimana gambar tersebut ditangkap.

Wallpaper

Kini, anda boleh mengubah latar belakang iPhone anda di skrin utama.

Hantar Aplikasi Sebagai Hadiah

Selain membeli aplikasi untuk iPhone anda, anda juga pada masa yang sama menghantarkan aplikasi kegemaran anda sebagai hadiah kepada rakan-rakan anda yang lain.

Selain daripada ini semua, iOS 4.0 turut membawakan pelbagai perkara baru yang lain, termasuk sokongan papan kekunci tanpa wayar, dan juga kebolehan menyemak ejaan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bukan semua iPhone disokong dengan iOS 4. iOS 4.0 hanya boleh digunakan pada iPhone 3G, iPhone 3GS dan juga iPhone 4. Selain daripada itu, beberapa fungsi hanya boleh digunakan pada iPhone tertentu sahaja, sepertimana multi-tasking hanya disokong pada iPhone 3GS dan iPhone 4.

Komen