Domain .my Melangkaui Angka 100,000

Domain .my Melangkaui Angka 100,000

Diterbitkan pada June 22, 2010 oleh .

Akhirnya, setelah memperkenalkan pendaftaran domain .my pada tahun 2008 kepada umum, kini lebih 100,000 domain .my telah didaftarkan dibawah .my Domain Registry, sekaligus memperlihatkan industri web Malaysia yang kian popular dari masa ke semasa.

.my boleh didaftarkan oleh pengguna individu mahupun perniagaan, membolehkan sesiapa sahaja mendaftarkan domain .my, sekaligus menggunakan identiti Malaysia dalam pembangunan web mereka.

Buat masa ini, .my Domain Registry sedang menawarkan diskaun sehingga 50% dalam pendaftaran dan pembaharuan alamat domain .my, sekaligus memberikan peluang kepada para pengguna untuk mendapatkan domain .my pada harga yang murah. Pada masa yang sama, .my Domain Registry juga dalam perancangan memperkenalkan domain dalam tulisan Jawi, Tamil dan Cina.


TIPS & ULASAN