Seperti sedia maklum, esok P1 akan memperkenalkan sesuatu yang baru, iaitu laptop dengan keupayaan WiMAX. Menariknya, hari ini melalui suatu gambar kotak yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana gajet yang akan diperlihatkan oleh P1 esok datangnya dari Taipei, Taiwan.
Kotak Laptop Yang Di Perlihatkan P1
Pelbagai klu mula memperlihatkan yang mana P1 akan memperkenalkan laptop baru yang mana didatangkan dengan keupayaan WiMAX terbina didalamnya, tanpa perlu sebarang peralatan tambahan, sekaligus memudahkan para pengguna menggunakan perkhidmatan daripada Packet One.
Namun begitu, ianya masih lagi menjadi tanda tanya, laptop daripada syarikat mana yang akan diperlihatkan oleh P1 ataupun adakah P1 akan bekerjasama bersama pembangun laptop yang lain.
Melalui bungkusan yang dihantar oleh DHL itu, ianya dilihat yang mana bungkusan tersebut datangnya daripada Taipei, Taiwan, dan menariknya, terdapat tiga nama gergasi di sana, termasuk MSI, Acer dan juga Asus di Taiwan. Mungkinkah salah satu jenama daripadanya akan diperlihatkan esok oleh P1? Sama-sama kita nantikannya.