IE9 Preview 3 Di Perlihatkan

Diterbitkan pada Jun 24, 2010. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Internet Explorer 9 Platform Preview 3 telah pun diperlihatkan oleh Microsoft, dimana ianya membawakan pelbagai fungsi dan sokongan HTML5 yang baru, termasuk sokongan video tags, dan canvas.

Melalui ujian demi ujian, Microsoft memperlihatkan segala kelebihan pelayar web Internet Explorer 9 yang masih lagi dalam peringkat pembangunan buat masa ini. Selain daripada itu, ujian Acid3 juga memperlihatkan peningkatan daripada versi Preview 1 yang mendapat 55/100, kepada Preview 3 yang diperlihatkan sekarang menunjukkan angka 83/100.

Selain daripada Microsoft yang sedang membangunkan Internet Explorer 9, Google turut sama sedang membangunkan Chrome 6, manakala Mozilla sedang membangunkan Firefox 4.0, dan Opera Software dengan Opera 10.6. Apple pula baru-baru ini telah memperkenalkan versi terkini pelayar web mereka, iaitu Safari 5.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami