Windows 7 Terjual Lebih 150 Juta Salinan

Diterbitkan pada Jun 24, 2010. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah hampir setahun sejak Windows 7 diperkenalkan kepada umum, dan kini Microsoft sedang dalam pembangunan Windows 7 SP1 yang dijangka akan dilepaskan dalam beberapa bulan lagi. Menariknya, kini dikatakan yang mana Microsoft telah berjaya menjual lebih 150 juta Windows 7 sehingga kini.

Dalam data yang baru dikeluarkan oleh Microsoft, Windows 7 dikatakan sebagai sistem operasi yang paling laju penjualannya sehingga kini, dimana jikalau dibuat perkiraan, ianya memperlihatkan hampir 7 salinan dijual pada setiap saat diseluruh dunia.

Ianya boleh dikatakan, salah satu penyumbang utama kepada penjualan Windows 7 yang tinggi adalah melalui Windows 7 Starter yang mana kini ianya banyak disertakan dengan netbook baru. Windows 7 SP1 dijangka akan menemui pengguna tidak lama lagi, dan mungkin angka 300 juta sudah tidak lagi menjadi masalah untuk Microsoft kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami