Setelah YouTube memperkenalkan antaramuka pemain video yang serba baru sebelum ini, kini Blogspot turut sama memperkenalkan pemain video yang baru untuk servis video yang disediakan pada laman penyedia blog terkemuka milik Google itu.
Pemain Video Baru Pada Blogspot
Melalui pemain video yang baru, Blogspot membolehkan para pengunjung melihat video yang dimuat-naik dalam format skrin penuh, selain memudahkan lagi navigasi dan menjadikannya lebih mesra pengguna. Jika dilihat dari segi antaramuka pemain video yang baru ini, ianya lebih iras kepada pemain video YouTube yang digunakan sekarang ini.
Menariknya, ianya juga setahap lebih tinggi dengan menyediakan pelbagai info menarik berkenaan dengan video yang dimuat-naik turut diperlihakan dengan klik-kanan pada pemain video tersebut. Setelah memperkenalkan fungsi halaman, dan kini, mereka menaik-taraf pemain video mereka, semuanya memperlihatkan yang mana Blogspot turut sama mengambil berat pengguna mereka, selain mengelakkan pengguna mereka daripada beralih ke WordPress.com.