Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, P1 mempunyai pelbagai projek dalaman mereka yang tersendiri, yang mana tidak diketahui oleh ramai orang diluar sana, sama seperti beberapa syarikat komputer yang lain, termasuk MIMOS dan sebagainya. Menariknya, adalah dimana P1 akan secara rasminya memperkenalkan pakej dan laptop WiMAX mereka pada 29 Jun kelak.

Adakah P1 akan memperkenalkan telefon 4G?
P1 tidak menjawab TIDAK. Namun begitu, menurut P1, buat masa ini, mereka masih lagi belum bersedia sepenuhnya. Seperti para pengguna sedia maklum, P1 dalam proses mengukuhkan servis mereka, selain memperkenalkannya di banyak lagi kawasan, selain mengurangkan jurang perbezaan digital antara para pengguna bandar dan juga luar bandar, melalui pelbagai projek, termasuk projek bersama Felda dan sebagainya.

TM telah memperkenalkan IPTV, dan Maxis akan memperkenalkannya. Bilakah P1 akan memperkenalkan IPTV tersendiri?
Buat masa ini, P1 memang sudah mempunyai infrastruktur yang lengkap untuk memperkenalkan servis IPTV tersendiri. Namun begitu, P1 berkembang secara berfasa, selain masih lagi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap margin keuntungan mereka yang tidak sekukuh Maxis dan yang lain. P1 tidak menjawab akan memperkenalkan IPTV mereka ataupun tidak.

Apakah terjadi dengan projek laptop WiMAX daripada P1 sendiri
Projek laptop jenama P1 tersendiri dihentikan, kerana P1 ingin menumpukan kepada pembangunan servis mereka terlebih dahulu, dan ingin mengukuhkan kedudukan mereka. Selain daripada itu, memandangkan terdapat banyak pengeluar sudah pun mengeluarkan laptop dan netbook dengan sokongan WiMAX, P1 mengambil langkah untuk bekerjasama bersama mereka dalam memperkenalkan laptop WiMAX.

Buat masa ini, P1 mempunyai pelbagai projek dan kajian yang dilakukan secara dalaman yang tidak diketengahkan kepada sebarang pihak. Selain daripada itu, P1 bakal memperkenalkan sesuatu yang amat istimewa pada 29 Jun kelak, selain memperkenalkan pertandingan khas, dimana menawarkan hadiah sehingga RM2,599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd