Kadar Muat-Turun Sehingga 104 MBps Melalui LTE

Kadar Muat-Turun Sehingga 104 MBps Melalui LTE

Diterbitkan pada June 26, 2010 oleh .

Setelah diura-urakan mengenai ujian LTE oleh Maxis, kini secara rasminya, Maxis sendiri memperlihatkan keputusan daripada ujian LTE yang dilakukan oleh mereka, yang mana membawakan kadar muat-turun mencecah 104Mbps.

Buat masa ini, masih lagi tiada kedengaran mengenai sebarang ujian LTE atau 4G yang dilakukan oleh pesaing Maxis, seperti Celcom dan DiGi. Namun begitu, ianya dijangka akan mula kelihatan tidak lama lagi.

Maxis dengan kerjasama rakan teknologi mereka, Alcatel dan Huawei telah pun mendemonstrasikan sambungan LTE dengan kadar muat-turun antara 60 Mbps dan 140 Mbps menggunakan saluran jalur-lebar 10MHz dan juga 20Mhz.

Melaluinya, pengguna boleh memuat-turun fail sebesar 640Mb dalam masa kurang 1 minit dengan kadar muat-turun berpurata sekitar 100Mbps. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh memuat-naik fail ke internet pada kadar 20Mbps, atau dengan erti kata lain, fail sebesar 6Mbps dalam masa kurang beberapa saat sahaja.

Maxis akan melanjutkan ujian di kawasan Bandar Utama dan Damansara pada bulan Julai ini, dan pada ketika itu, rangkaian HSPA Maxis akan boleh menikmati serba-sedikit kesan LTE ini.

Melalui teknologi LTE (Long-Term-Evolution), ianya menjanjikan pengalaman penggunaan telefon pintar dan jalur-lebar mudah-alih yang menarik, dengan membolehkan perpindahan fail dengan lebih pantas, selain menawarkan video berkualiti tinggi. Pada masa yang sama, Maxis turut sama dalam proses memperkenalkan IPTV mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN