Setelah Google dan Adobe mengumumkan kerjasama sebelum ini, kini, melalui Chrome 5.0.375.86 yang dilepaskan pada minggu ini, pelayar web Chrome membawakan pemain Adobe Flash yang diintegrasikan padanya.
Ianya juga merupakan salah satu langkah yang bagus daripada kedua-dua pihak, memandangkan kini para pengguna tidak lagi perlu untuk memuat-turun pemain Flash secara berasingan.
Sebelum ini, Chrome telah mengintegrasikan pemain Flash, namun begitu, ianya hanyalah untuk saluran pembangun sahaja. Pada masa yang sama, pada minggu ini juga, Adobe telah mengumumkan Flash Player 10.1 bagi pengguna Android 2.2, sekaligus membawa kerjasama Google-Adobe ke tahap yang lebih tinggi.