Google Sekali Lagi Ingin Mencuba Nasib Di Arena Sosial

Google Sekali Lagi Ingin Mencuba Nasib Di Arena Sosial

Diterbitkan pada June 27, 2010 oleh .

Raja enjin carian internet, Google kini dikatakan akan memperkenalkan sesuatu yang baru, Google Me, iaitu kemaskini nda naik-taraf bagi Google Profiles, sekaligus sebagai salah satu langkah untuk bersaing bersama Facebook.


Tweet Oleh Chris Saad Berkenaan Dengan Google Profiles

Sebelum ini, Google pernah gagal beberapa kali bersama produk sosial mereka, iaitu melalui Google Wave dan juga Google Buzz. Namun begitu, kini beberapa pihak sudah mula memberi perhatian kepada Google Buzz.

Namun begitu, nampaknya Google akan mencuba lagi sekali dalam arena rangkaian sosial dengan memperkenalkan Google Profiles yang serba baru, yang mana kini dikenali dengan nama kod Google Me.

Selain daripada semua ini, Google juga mempunyai rangkaian sosial mereka tersendiri yang popular dibeberapa negara, iaitu Orkut.


TIPS & ULASAN