Dokumen Windows 8 Tersebar Di Internet

Dokumen Windows 8 Tersebar Di Internet

Diterbitkan pada June 29, 2010 oleh .

Setelah sekian lama tidak kedengaran mengenai perkembangan Windows 8, kini suatu dokumen berkenaan dengannya tersebar luas di internet, memperlihatkan beberapa perkara baru yang bakal dirancang untuk Windows 8.

Pengenalan Identiti Melalui Muka

Salah satu perkara baru yang bakal dibawakan oleh Windows 8 adalah log masuk ke dalam sistem operasi melalui identiti muka. Ianya dikatakan yang mana kebanyakkan komputer akan mengintegrasikan penggunaan kamera menjelang tahun 2012, dan ianya akan memudahkan untuk sesuatu komputer mengenal pasti kehadiran seseorang pengguna, dan seterusnya log masuk secara automatik.

Reset Sistem Dengan Mudah

Microsoft turut dalam perancangan untuk memperkenalkan suatu butang reset khas yang mana bakal memasang semula komponen asal Windows, dan kembalikan sistem operasi anda seperti keadaan asalnya. Ianya merupakan salah satu fungsi yang bakal amat berguna untuk semua pengguna Windows, dan mungkin kini mereka tidak lagi perlu risau untuk format kembali komputer mereka apabila diserang virus dan sebagainya.

Pengenalan Microsoft App Store

Windows 8 kelak dijangkakan akan memperkenalkan Windows Store, iaitu salah satu tempat khas untuk mendapatkan pelbagai aplikasi untuk sistem operasi Windows anda. Seperti sedia maklum, aplikasi kini memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan harian seseorang pengguna, lebih-lebih lagi, Chrome OS yang dijangka akan mengutamakan sistem aplikasi, dan JoliCloud yang mana telah pun mengintegrasikan fungsi seumpamanya pada sistem operasi mereka.

Selain daripada ini semua, pelbagai perkara menarik lagi dijangka akan dibawakan oleh Windows 8, dan mungkin banyak lagi fungsi-fungsi baru Windows 8 akan diketahui dari masa ke semasa.

Kredit : Microsoft Kitchen


TIPS & ULASAN