Internet Explorer 9 Beta Pada Bulan Ogos

Internet Explorer 9 Beta Pada Bulan Ogos

Diterbitkan pada June 29, 2010 oleh .

Mungkin ramai yang ternanti-nanti untuk mencuba Internet Explorer 9. Menariknya, kini diketahui melalui pelan Windows 8 yang tersebar luas di internet, dimana Internet Explorer 9 Beta akan menemui para pengguna pada bulan Ogos ini.


Salah Satu Halaman Pada Pelan Windows 8 [via]

Melalui versi Beta pertama kelak, buat pertama kalinya, versi pembangunan Internet Explorer 9 akan dilepaskan dengan penggunaan IE sepenuhnya, berbeza dengan versi Internet Explorer 9 Preview yang dilepaskan sebelum ini.

Walaupun ianya masih lagi mencapai suatu versi yang stabil, Internet Explorer 9 sudah memperlihatkan perkembangan yang menarik sekali, dimana kepantasa membaca JavaScript yang lebih pantas daripada Chrome dan Firefox, serta pelbagai sokongan HTML5, yang mungkin akan memenangi hati para pengguna kembali. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN