P1 dan Intel Memperkenalkan 6 Laptop WiMAX

P1 dan Intel Memperkenalkan 6 Laptop WiMAX

Diterbitkan pada June 29, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, hari ini, P1 dan Intel telah melancarkan laptop dengan keupayaan WiMAX kepada umum. Antara jenama laptop yang diperkenalkan oleh P1 dan juga Intel adalah termasuk Acer, Asus, Dell, Lenovo, MSI dan juga Toshiba.

Kesemua laptop ini bakal menggunakan modul Centrino Advance-N WiMAX 6250, yang mana melaluinya, ianya menyokong sambungan internet sehingga 10Mbps. Menariknya, P1 menyediakan pakej khas untuk laptop-laptop tersebut, dimana setiap satunya didatangkan dengan pakej P1 WiMAX untuk 6 bulan.


Laptop Lenovo Yang Di Datangkan Dengan Chip WiMAX

Pengenalan kerjasama antara P1 dan juga Intel ini menjadikan Malaysia sebagai negara kelima dimana Intel bekerjasama bersama penyedia internet tempatan dalam memperkenalkan produk WiMAX mereka kepada para pengguna.


TIPS & ULASAN