SK Telecom Memiliki 25.8% Saham P1 Untuk USD$100 Juta

SK Telecom Memiliki 25.8% Saham P1 Untuk USD$100 Juta

Diterbitkan pada June 29, 2010 oleh .

Selain daripada pelancaran laptop dan netbook dengan WiMAX, P1 juga hari ini menandatangani perjanjian bersama dengan penyedia telekomunikasi terkemuka di Korea Selatan, dimana melaluinya, SK Telecom memiliki 25.8% saham P1 WiMAX pada harga USD$100 juta.


Majlis Tandatangan Antara SK Telecom dan Packet One [via]

Sebelum ini sudah kedengaran ura-ura berkaitan dengan perkara ini, dan kini, dengan menandatangani perjanjian, ianya menjadikan SK Telecom sebagai pemegang saham kedua terbesar di Packet One, sekaligus memberikan SK Telecom dua kerusi daripada tujuh kerusi pengarah di Packet One.


Michael Lai Menandatangani Perjanjian Bersama SK Telecom [via]

Melalui dana baru yang disuntik itu, P1 akan cuba mendapatkan lebih sejuta pengguna dan kawasan liputan lebih 65% menjelang tahun 2012. Pada hari yang sama juga, P1 memperkenalkan lebih 6 laptop, daripada Acer, Asus, Dell, Lenovo dan Toshiba yang mana didatangkan bersama-sama dengan chip Intel Centrino Advance-N WiMAX 6250.


TIPS & ULASAN