Seperti sedia maklum, Maxis sebelum ini telah memperkatakan yang mana mereka akan membawa masuk iPhone 4 pada suku tahun ke-tiga. Kini, beberapa ura-ura mengatakan yang mana iPhone 4 akan dibawa masuk oleh Maxis seawal bulan Ogos ini.
Dalam senarai negara-negara yang akan menerima iPhone 4 pada bulan Julai ini, Malaysia tidak tersenarai, menandakan yang mana berkemungkinan besar, Malaysia akan tersenarai dalam penerima fasa ketiga.
Namun begitu, kini beberapa ura-ura mengatakan yang mana iPhone 4 akan boleh didapati di Malaysia seawal bulan Ogos. Selain Maxis, DiGi turut telah mengatakan yang mana mereka akan membawa masuk iPhone 4 ke pasaran Malaysia.
Melalui iPhone 4, Apple menawarkan pelbagai fungsi baru pada gajet mereka itu, termasuk fungsi multitasking, kebolehan membuat panggilan video melalui FaceTime, kamera dengan 5-megapixel, selain resolusi skrin yang lebih menarik daripada sebelumnya.