Cari @ Amanz

Setelah kedengaran ura-ura berkenaan dengan Google Me sebelum ini, kini beberapa info tambahan mula kelihatan di laman web yang mana berkait dengan produk baru Google yang masih lagi belum dikenalkan itu lagi. Menariknya, ianya dikatakan yang mana akan dibangunkan sama seperti Facebook.

Melalui info baru yang kelihatan di internet, ianya dikatakan yang mana Google kini menumpukan perhatian yang serius dalam pembangunan laman sosial mereka tersendiri, dan yang mana mereka mengambil contoh Facebook dalam pembinaan laman sosial mereka itu.

Berbeza dengan info awal yang diketahui, yang mana mengatakan ianya hanyalah suatu kemaskini untuk Google Profiles, kini ianya dikatakan yang mana Google Me akan memperkenalkan sesuatu yang sama seperti Facebook.

Selain Google, Yahoo! juga dalam percubaan untuk membina laman sosial mereka tersendiri, selain TM yang juga cuba untuk menceburi industri laman sosial tempatan. Buat masa ini, laman sosial terkemuka adalah Facebook, dimana ianya merupakan laman yang paling banyak dilawati oleh para pengguna tempatan buat masa kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd