Hanya selepas 6 minggu memperkenalkan telefon pintar tersendiri, Kin, kini Microsoft menghentikan pengeluaran, sekaligus menamatkan projek Kin. Ianya juga dikatakan tidak akan ada sebarang produk Kin lagi selepas ini.
Pasukan yang membangunkan Kin pula akan diintegrasikan kedalam pasukan pembangun Windows Phone 7, sekaligus menjadikan fokus utama Microsoft kepada industri telefon pintar hanya pada satu, iaitu Windows Phone 7.
Ini bukanlah antara produk dan projek yang ditamatkan oleh Microsoft. Sebelum ini mereka pernah menghentikan projek tablet Courier dan banyak lagi projek yang lain.