Cari @ Amanz

Selain daripada Chrome yang sering mengeluarkan kemaskini pelayar web dengan pantas, kini Opera turut mengikut jejak mereka, dimana hari ini, Opera Software telah melancarkan versi terbaru pelayar web mereka, Opera 10.60.


Fungsi Tab Preview Pada Opera 10.6

Kini, Opera 10.60 boleh dimuat-turun oleh pengguna Windows, Mac OS X, dan juga Linux, dimana ianya dikatakan Opera 10.60 membawakan prestasi dengan kepantasan lebih 50% berbanding dengan Opera 10.50 yang dilepaskan pada awal tahun ini.

Pada masa yang sama, Opera 10.60 turut membawakan pelbagai fungsi baru daripada evolusi HTML5, serta sokongan kepada VP8 dan WebM yang diperkenalkan oleh Google baru-baru ini. Selain daripada itu, Opera 10.60 juga membawakan sokongan gelokasi, membolehkan pelayar web mengenali kedudukan seseorang pengguna itu, apabila pengguna menetapkan untuk berkongsi data sedemikian.

Selain daripada Opera Turbo, Opera 10.60 juga kini membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi berasaskan web secara luar talian, sekaligus membawakan suatu tahap baru dalam dunia perkomputeran awan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd