Cari @ Amanz

Mungkin umum sudah sedia maklum yang mana Windows 8 akan menemui para pengguna pada tahun 2012. Menariknya, kini beberapa data memperlihatkan yang mana Windows 8 Beta mungkin akan dilepaskan seawal tahun 2011.

Sebelum ini, beberapa dokumen telah terlepas ke arena internet, memperlihatkan pelbagai fungsi baru yang dirancang untuk sistem operasi Microsoft generasi akan datang yang mana buat masa ini dikenali sebagai Windows 8.

Ianya kini dikatakan yang mana Windows 8 sudah pun berada dalam fasa pembangunan, dan versi Milestone 1 sudah pun diuji secara dalaman di Microsoft. Jikalau semuanya berjalan dengan lancar, Windows 8 Beta akan menemui para pengguna seawal pertengahan tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Microsoft berkenaan dengan sistem operasi generasi akan datang yang sedang dibangunkan mereka.

Antara fungsi baru pada Windows 8 yang sedia diketahui adalah seperti boot komputer dengan lebih pantas, butang reset yang membolehkan sistem operasi anda kembali seperti sedia kala, kebolehan pengenalan melalui identiti muka, pelayar web baru – Internet Explorer 9, sokongan Windows App Store dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd