TM Memperluaskan Kawasan Liputan UniFi

TM Memperluaskan Kawasan Liputan UniFi

Diterbitkan pada July 5, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada awal tahun tempoh hari, kini TM terus memperluaskan liputan kawasan UniFi kepada lebih 18 kawasan lagi disekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan juga Kedah.

TM kini dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi mereka, UniFi di lebih 48 kawasan menjelang akhir tahun ini. Menariknya, antara kawasan baru yang kini diliputi dengan UniFi adalah Bayan Baru, Senai, Permas, Kulim Hi-Tech Park, Wangsa Maju, Sungai Buloh, Puchong, Cybejaya, Putrajaya dan juga Damansara.

Ianya sekaligus menjadikan lebih 378,000 premis yang disokong sepenuhnya oleh UniFi. Menariknya, melalui data terkini, ianya dikatakan TM UniFi sudah mempunyai lebih 4,700 orang pengguna berdaftar buat masa ini.

Para pengguna UniFi juga akan dikehendaki mula membayar bagi servis internet berkelajuan tinggi ini mulai bulan ini. Sebelum ini, TM memperkenalkan pakej pengenalan, dimana para pengguna boleh mencuba servis HSBB daripada TM tanpa bayaran sehingga Jun.


TIPS & ULASAN