Antaramuka Pertama Diaspora Di Perlihatkan

Antaramuka Pertama Diaspora Di Perlihatkan

Diterbitkan pada July 6, 2010 oleh .

Setelah lebih sebulan projek Diaspora mengumpulkan dana untuk membangunkan laman sosial baru yang bakal menyaingi Facebook, kini beberapa paparan antaramuka mula diperlihatkan kepada umum, selain beberapa fungsi yang bakal disertakan bersama-sama dengannya kelak.

Selain daripada paparan antaramuka dan video, pasukan pembangun disebalik Diaspora juga turut sama memperlihatkan jangka-masa projek mereka bersama-sama dengan fasa pembangunan untuk setiap bulan.

Melalui apa yang dirancang buat masa ini, mereka menjangkakan untuk melepaskan kod sumber Diaspora seawal bulan September. Namun begitu, ianya mungkin akan berubah memandangkan pelbagai perkara lagi yang perlu dibangunkan dan diintegrasikan pada sistem Diaspora.


Antaramuka Awal Diaspora

Untuk bulan Julai ini, pihak pembangun Diaspora akan menumpukan perhatian untuk merekabentuk semula antaramuka untuk Diaspora, selain menjadikan web mereka mesra standard web semasa.


TIPS & ULASAN