Firefox 4.0 Beta 1 Sedia Di Uji

Firefox 4.0 Beta 1 Sedia Di Uji

Diterbitkan pada July 7, 2010 oleh .

Pada ketika semua pihak sedang menguji Opera 10.60 yang dikatakan amat pantas, mengalahkan Google Chrome, pihak Mozilla memberi pilihan untuk para peminat Firefox untuk menguji Firefox 4.0 Beta 1.

Firefox 4.0
Firefox 4.0 Beta 1 Membawakan Antaramuka Serba Baru

Melalui Firefox 4.0 Beta 1, Mozilla membawakan antaramuka yang lebih minimalist, pengurus add-on yang ditambah-baik, prestasi dan kelajuan yang dipertingkatkan, sokongan kepada standard web terkini seperti HTML5, selain diintegrasikan dengan codec WebM dan pelbagai perkara menarik lagi.

Buat masa ini, hanya Firefox 4.0 Beta 1 versi Windows sahaja yang mempunyai antaramuka baru, dan untuk versi Mac dan Linux, ianya akan diperkenalkan dalam versi beta yang akan datang.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 4.0 Beta 1 dan menguji pelbagai fungsi baru yang akan dibawakan oleh Mozilla Firefox 4.0.


TIPS & ULASAN